Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula

Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula (atau Immortal Songs) merupakan rancangan televisyen pertandingan nyanyian muzik yang diadaptasi daripada siri TV realiti Korea Selatan bertajuk sama atau khusus lagi versi 2011nya di mana formatnya menampilkan penyanyi dan penggubah muzik zaman masa kini akan menyanyikan dan harus mengubah melodi asal lagu-lagu nyanyian penyanyi legenda zaman 80-an hingga 90-an.[1][2] Rancangan ini memulakan siaran di TV3 sebanyak 7 episod bermula 30 Ogos 2020, dihoskan oleh Ain Edruce, Fad Bocey dan Amy Mastura.[3]